Kelas Oh My English
1 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniPada 1 Disember 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas Oh My English bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Kelas ini bermula pada jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 13 peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Pandan yang berusia 15 tahun kebawah dan tutor Madam Khathijah Md Jaafar. Kelas Oh My English ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris ahli PI Kpg Pandan selain untuk mengisi masa pada cuti sekolah ini dengan aktiviti yang berfaedah.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Memperbaiki dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terhadap pelajar sekolah.
•Memberi kesedaran terhadap kepentingan Bahasa Inggeris untuk masa akan datang
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Memberi peluang kepada peserta untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika sesi pembelajaran.
•Memperkenalkan diri dan sedikit latar belakang diri dalam Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: